SEKOLAH KEBANGSAAN LIMPOON (1),
JALAN LIM YEW LEONG,
83000 BATU PAHAT,
JOHOR DARUL TAKZIM.
Telefon: 07-4341668
Fax: 07-4341668
E-mail: srklim1@tm.net.my
https://members.tripod.com/jbb0023
Kod Sekolah: JBB0023


Ruj. Tuan:
Ruj. Kami: SKL1/BP/FP: 20117/(4)
Tarikh: 5 MEI 2000

Tuan YDP Persatuan Ibu Bapa dan Guru,
AJK PIBG SK. Limpoon (1),
Semua Ahli PIBG SK. Limpoon (1),
Semua Staf di SK. Limpoon (1).
Guru Besar dan Guru-Guru SK. Limpoon (2),
Guru Besar dan Guru-Guru SK. Pendidikan Khas Batu Pahat.

Tuan/Puan,

SALAM PERPISAHAN DAN UCAPAN TERIMA KASIH

Adalah saya dengan hormatnya memaklumkan bahawa saya telah menerima arahan pertukaran bertugas ke SK. Seri Pasir, Seri Medan, Batu Pahat pada 02 MEI 2000.

2. Sepanjang perkhidmatan saya sebagai Guru Besar SK. Limpoon (1) selama lebih kurang satu tahun lima bulan, saya telah banyak mendapat pengalaman, bantuan, sokongan dan kerjasama daripada tuan/puan. Kerjasama, sokongan dan bantuan yang telah tuan/puan berikan sangat-sangat saya hargai dan diucapkan berbanyak terima kasih.

3. Saya ingin mengambil kesempatan di sini memohon maaf atas sebarang kesilapan yang berlaku sama ada semasa atau di luar tugas. Dalam suasana tertentu mungkin tidak disedari atau disengajakan terdapat keterlanjuran kata, tersilap dan sumbang laku. Tidak ketinggalan saya mohon dihalalkan segala yang termakan dan terminum.
 
 

Sekian, sekali lagi terima kasih dan "Selamat Maju Jaya".
 
 

" BERKHIDMAT UNTUK NEGARA "
" BERSATU KEALAF BARU "
 
 

Saya yang menurut perintah,
 
 

(SARKAWI BIN HAJI SATU)
Guru Besar,
SK. Limpoon (1),
Jalan Lim Yew Leong,
83000 Batu Pahat.