Sekolah Kebangsaan Limpoon (1) pada mulanya dikenali dengan nama 'New Primary School'. Sekolah ini telah ditubuhkan pada 8 SEPTEMBER 1957, dimana penggal ketiga persekolahan pada tahun itu bermula. 'New Primary School' tidak lama kemudian ditukar namanya menjadi 'New Primary Boys School'. Seramai 504 orang murid serta 13 orang guru
telah dipindahkan dari sekolah induknya 'High School Batu Pahat' untuk
memulakan persekolahan disekolah ini. Guru Besar yang pertama bagi sekolah
ini ialah Encik Zainal Abidin bin Tamby yang juga dari High School Batu
Pahat.
Bangunan sekolah ini terletak di Jalan Lim Yew Leong. Tapak bangunan serta kawasan sekolah ini dibeli oleh Kerajaan Negeri dari seorang hartawan tempatan. Mengikut maklumat yang didapati daripada Persatuan Sejarah Batu Pahat. Pada mulanya sekolah ini mempunyai sebuah
bangunan yang mempunyai 6 bilik darjah, sebuah bilik pejabat, sebuah bilik
guru serta bangunan kantin sekolah. Oleh kerana kekurangan bilik-bilik
darjah, persekolahan terpaksa dijalankan pada sebelah pagi dan petang. Dalam bulan Januari 1958, sebuah bangunan
tambahan yang mengandungi 6 buah bilik darjah telah dibina. Bilangan
kelas meningkat kepada 24 kelas iaitu 12 kelas sebelah pagi dan 12 kelas
sebelah petang. Sekolah ini juga menenpatkan kelas-kelas 'SMC' (Special
Malay Clas). Untuk melaksanakan tugas-tugas pejabat yang
semakin bertambah, seorang kerani sementara telah diambil untuk bertugas
mulai 1 Mac 1958. Kerani yang berkenaan ialah Cik Asiah bt. Ahmad.
4 orang pekerja sekolah serta seorang jaga telah diambil untuk berkhidmat
di sekolah ini. Mulai 1 September 1958, seorang Pelayan Pejabat telah
diambil bekerja untuk membantu tugas-tugas pejabat sekolah ini. Pelayan
Pejabat yang pertama ialah Encik Kadir bin Soal. Mulai 1 September 1958, iaitu setahun selepas
penubuhannya, sesi pagi dan sesi petang ditadbirkan secara berasingan.
Sesi pagi dikenali dengan nama 'New Primary Boys' School (Morning)' dan
sesi petang dikenali dengan 'New Primary Boys' School (Afternoon). Berasaskan kepada surat Ketua Pegawai Pelajaran
Johor Bil. CEOJ/61/57/(60) bertarikh 24 Ogos 1958, Guru Besar New Primary
Boys' School (Morning) adalah dipertanggungjawabkan ke atas bangunan sekolah,
kawasan serta bertanggungjawab tentang pembayaran gaji semua guru-guru
dan kakitangan sekolah kedua-dua sesi yang berkenaan. New Primary Boys' School telah dirasmikan
pembukaannya pada 8 Julai 1959 oleh Yang Berhormat Menteri Pelajaran Persekutuan
Tanah Melayu Encik Khir bin Johari. Nama 'Limpoon Primary School'
mula digunakan dengan rasminya mulai 25 April 1960. Pada 30 Januari 1960, sebuah bangunan tambahan
yang mengandugi 2 buah bilik darjah telah siap dibina. Dalam tahun
1962 dibina pula sebuah bangunan yang mengandungi 5 buah bilik darjah bagi
menampung murid-murid yang semakin bertambah bilangannya. Dengan
ini menjadikan 4 buah bangunan serta sebuah bangunan kantin. Harga
bangunan (tidak termasuk tanah) ialah RM282,165.60. Mulai 1 Januari 1961, Limpoon Primary School
telah menerima arus perubahan. Mulai tarikh tersebut bangunan ini
telah digunakan untuk dua buah sekolah iaitu Limpoon Primary School (1)
dan Limpoon Primary School (2). Guru Besar Limpoon Primary School
(1) ialah Encik Teoh Teng Kooi dan waktu persekolahannya ialah sebelah
pagi. Sementara Encik Khaw Eng Chin dilantik menjadi Guru Besar Limpoon
Primary School (2) dan waktu persekolahannya ialah sebelah petang.
Encik Zainal Abidin bin Tamby telah ditukarkan ke Sekolah Menengah Dato'
Bentara Luar, Batu Pahat sebagai Guru Besar yang pertama sekolah tersebut. Mulai 1 Januari 1975, Limpoon Primary
School (1) ditukar nama kepada Sekolah Rendah Kebangsaan Limpoon (1) dan
kini dikenali pula sebagai Sekolah Kebangsaan Limpoon (1). .......bersambung.....(bahan dipetik dari Majalah MAJLIS keluaran 1982)
|
|