Terlebih
dahulu, terima kasih saya ucapkan kepada anda yang berkunjung ke Laman
Web SK. Limpoon (1), Batu Pahat, Johor,
Malaysia. Sesungguhnya saya amat bersyukur
kepada Allah Swt. kerana dapat mewujudkan Laman sekolah kami di dalam internet.
Hari
ini, dunia kita seolah-olah menjadi semakin kecil. Memang benarlah bagi
kalangan kita yang dapat menafaatkan dan menguasai sedikit
kemahiran IT, maka banyak "maklumat berada dihujung jari" mereka. Oleh
yang demikian, sudah sewajarnya warga
pendidik mengambil peluang mempelajari dan akhirnya menguasai teknologi
ini.
Kemampuan
kita menerima dan menghantar maklumat sama ada dalam bentuk data, imej.
audio dan video dengan pantas dan cekap tanpa menghiraukan batas sempadan
sewajarnya dimanafaatkan semaksima mungkin.
Kehadiran
Laman SK. Limpoon (1) hanyalah sebagai pengisi sebahagian kecil ruang 'cyber'
yang masih terlalu luas untuk diterokai dan diisi. Saya percaya dalam masa
terdekat ini, tiada apa yang perlu dirahsiakan akan segala peristiwa yang
berlaku di mana-mana sekolah
di seluruh Malaysia atau Dunia.
Kita harus bersedia ke arah itu.
Akhir
kata, selamat maju jaya dan terokailah ruang siber di dalam dunia
internet. Ambil yang baik dan buangkan yang boleh 'mengotorkan minda'
kita.
-
"BERKHIDMAT
UNTUK NEGARA"
-
"GURU BESTARI SEKOLAH
BESTARI"
-
.
-
Sekian, terima kasih.
-
-
SARKAWI BIN HJ SATU
-
Guru Besar
-
SK. Limpoon (1), BP. Johor.
|